Pengenalan Rumpai Laut Asli
Rumpai Laut (Seaweed)
adalah sejenis tumbuhan yang hidup dalam air masin dalam laut dikawasan
yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi. Terdapat
beratus-ratus spesis rumpailaut didalam laut dari yang jenis rumpailaut
dikawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut dalam
dengan berbagai warna dan bentuk. Malaysia antara negara yang mempunyai
kawasan sesuai untuk tumbuhan rumpai laut terutama perairan di Sabah.
Maklumat yang saya perolehi menunjukkan negara Indonesia adalah
pengeluar rumpai laut terbesar didunia diikuti dengan negara Filipina
dan beberapa negara Asia lain. Kerajaan Malaysia dalam pembentangan
Bajet 2009 di parlimen telah menyebut bahawa industri rumpailaut akan
dimajukan dan ditingkatkan lagi dibawah Program Ekonomi Berimpak Tinggi.
Artikel ini saya akan berkongsi maklumat mengenai teknologi pengurusan
rumpai laut jenis Euchema cottoni yang saya dapat maklumat dari negara Indonesia, Filipina dan membuat beberapa rujukkan lain iaitu buku dan laman sesawang.
Eucheuma (Foto kanan)
adalah sejenis sepsis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang
banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati
tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan.
Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna
yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi.
Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi
untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik. Saya ada
melawat projek ini tidak lama dulu dan memang berpotensi untuk pergi
lebuh jauh.
Antara jenis-jenis Rumpai Laut yang sesuai di komersialkan adalah seperti Eucheuma cottonii (Kiri) dan Euchuema spinosunm (Kanan)
iaitu dua jenis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini di
Malaysia dan kawasan di Asia Tenggara. Perbezaan antara kedua-dua jenis
ini ialah Eucheuma spinosum mempunyai
dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma cottonii
tidak menpunyai dahan berduri. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan
yang bernilai tinggi di bawah air laut atau beberapa kawasan sungai di
dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis
tumbuhan di laut. Marfologi dan taksonomi rumpailaut jenis ini boleh di
baca daripada laman sesawang. Banyak maklumat mengenai teknologi ini di
Malaysia yang belum di selongkar lagi.
Teknologi menanam rumpai laut jenis Euchema cottonii
yang berwarna keemasan ini agak mudah iaitu dengan mengikat rumpun
benih rumpailaut sebanyak 25 jalur pada tali dengan jarak 2 meter antara
ikatan. Tali panjang yang ada 250 titik ikatan iaitu dalam kawasan air
laut seluas 50m x 50m akan terdapat sebanyak 6,250 ikatan benih
rumpailaut. Keperluan benih rumpailaut dianggarkan sebanyak 650 kg.
Kawasan ini perlu di periksa selalu untuk mempastikan ikatan tidak
terlepas dan membetulkan susunan tali kerana bercantum atau terlepas
dari ikatan. Pemerhatian dan amalan yang dijalankan oleh petani
rumpailaut di Indonesia lazimanya akan menuai awal
dalam masa 30-35 hari lepas tanam. Pada masa ini biasanya untuk diambil
bagi dijadikan benih untuk pembesaran projek atau dijual sebagai benih
kepada orang lain. Kos yang utama peringkat awal untuk membeli anak
benih rumpailaut.
Masa menuai terbaik ialah 45 hari lepas tanam dimana kandungan carrageenan masa tersebut adalah paling baik kualitinya. Carageenan
adalah bahan terbaik untuk dibuat bahan pengental atau pembuatan gel
seperti kita buat kueh agar-agar. Kaedah menuai adalah dengan mengutip
rumpai dari dalam air dan kemudian di jemur diatas para ditempat panas
selama 2-3 hari sehingga kandungan air tinggal 38% sahaja
dan kandungan kekotoran cuma 3% sahaja. Maklunat yang saya dapati
menunjukkan harga ladang rumpailaut kering tersebut dijual pada
lingkungan RM 4.00 - RM 5.00 di kepulauan Indonesia sekilogram pada 2009
kini meningkat kepada sebanyak RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram pada 2010
akibat permintaan tinggi daripada negara China. Di Sabah agaknya berapa
sekilogram sekarang ?
Kawasan pantai laut yang mempunyai kadar kemasinan (salinity) lebih dari 30 ppm dengan air laut jernih amat baik untuk pertumbuhan rumpailaut.
Faktur lain kesesuaian adalah seperti gelombang laut dan suhu air yang
sesuai serta banyak mengandungi sumber makanan yang terdiri dari natrium dan posfat
dalam air laut. Kajian saintis yang dijalankan mendapati kadar
kemasinan dibawah 25 ppm akan menyebabkan rumpai laut tidak dapat
tumbuh. Air laut yang kotor dengan kemasinan antara 15-20 ppm pula akan
terus memusnahkan rumpailaut terutama pada musim hujan monsoon. Kajian
di Malaysia belum banyak di jalankan untuk mendapatkan jenis dan lokasi
yang produktif kecuali di pantai timur Sabah.
Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan unsur makanan berkhasiat (nutrients).
Kita boleh mendapatkan zat ini dalam sayuran atau rumpai laut ini.
Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan pada
masakini boleh diternakkan secara komersil dan besar-besaran. Sayur
laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut yang sesuai
dengan tiada pencemaran. Rumpai ini boleh menghasilkan pelbagai produk
dari sebatian bioaktif (Bioactive compounds) untuk digunakan dalam perubatan, kosmetik dan juga dalam makanan sebagai pengimbang makanan (stabilizer), bahan pengawet (preservatives) dan agar-agar.
Produk dari Rumpai Laut mengambilkira bahan penting iaitu Carageenan.
Bahan ini adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak
digunakan oleh pelbagai industri seperti pharmaceutical, kosmetik,
kilang penapisan, makanan pengawetan dan juga dalam industri pembuatan
bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang
yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari
galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan
terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan kajian oleh
beberapa universiti dan lain-lain. Insentif galakan industri ini perlu
di berikan seperti insentif cukai, insentif harga, pekerja, teknologi,
penyelidikan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment